SERDANG – Seramai 3,428 pelajar baharu program Bacelor mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2017/2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 6 September 2017. Jumlah pelajar baharu itu meningkat seramai 232 orang atau 6.8% terdiri daripada 1,048 pelajar lelaki dan 2,380 pelajar wanita. (Data berdasarkan calon terima tawaran setakat 6 September 2017).
Pada tahun lalu seramai 3,196 pelajar telah mendaftar di UPM (959 pelajar lelaki dan 2,237 pelajar wanita. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata pelajar baharu UPM akan mendaftar dalam 74 program yang ditawarkan daripada 16 fakulti.
Selain itu, seramai tujuh orang kelainan upaya (OKU) turut mendaftar dan menginap di kolej kediaman yang mesra OKU. Pelajar-pelajar baharu berkenaan akan terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan melalui program Minggu Perkasa Putra Sesi 2017/2018 UPM, antaranya ialah Majlis Bersama Menteri Mentor pada 7 September 2017 (Khamis), jam 8.30 malam dan Majlis Ikrar Pelajar Bersama Naib Canselor UPM pada 12 September 2017 (Jumaat), jam 8.00 malam.
Berita Oleh : Hanis Johari, BHEP
Date of Input: 11/10/2017 | Updated: 01/04/2018 | msahrizan
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan