Malaysia Festival (MFest) 2024 | Student Affairs Division
» NEWS » Malaysia Festival (MFest) 2024

Malaysia Festival (MFest) 2024

 
Universiti Putra Malaysia, melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diberi peluang oleh Malaysia Festival (MFest) 2024 untuk membuat persembahan di Tumbalong Park, Darling Harbour, Sydney, Australia pada 2 Mac 2024. MFest adalah organisasi dikendalikan oleh pelajar sejak 1990 di Sydney yang membuat promosi budaya kepada penduduk Australia dan warga asing di New South Wales.
 
UPM telah membantu menyata jadikan program ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia. Melalui persembahan selama 30 minit, pelajar Malaysia yang diwakili seramai lapan orang dari UPM, dua orang setiap universiti UMK, UIAM, USM dan UNIMAS telah mempersembahkan tarian tradisional dan Borneo. Pelajar Malaysia turut memperagakan pakaian tradisi Malaysia.
 
Program ini telah memberi impak kepada pelajar, masyarakat dan negara dalam pelbagai aspek. Education Malaysia Australia banyak membantu dalam urusan pelajar Malaysia ke Sydney disamping urusan mobiliti pelajar ke University New South Wales dan University Sydney.
 
 
 

Date of Input: 04/03/2024 | Updated: 04/03/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbOAP~