MALAM TUNAS BUDAYA 2017 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » MALAM TUNAS BUDAYA 2017

MALAM TUNAS BUDAYA 2017

16 September 2017 – Dewan Besar, PKKSSAAS UPM telah menyaksikan 9 gabungan pasukan dari 17 buah kolej kediaman berentap pada Malam Tunas Budaya 2017 bagi merebut gelaran juara. Bertemakan ‘Aku Negaraku’ pada tahun ini, kumpulan Pendeta Fansuri gabungan dari Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Pendeta Za’ba dinobatkan sebagai Johan pertandingan ini sekaligus membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM1000. Di samping itu juga, mereka turut memenangi Anugerah Pengarah Bersama Terbaik dan Anugerah Kreativiti Terbaik sekaligus membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM400. Naib Johan pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Hitam Puteh Production gabungan dari Kolej Empat Belas dan Kolej Lima Belas dan turut berjaya memenangi Anugerah Tarian Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM900. Sementara Tempat Ketiga berjaya disandang oleh Kumpulan Fixth Production dari Kolej Keenam dan Kolej Kelima yang turut memenangi Anugerah Vokal Terbaik membawa pulang RM700. Sementara Kolej Tun Perak dan Kolej Tiga Belas berjaya memenangi Anugerah Publisiti dan Keceriaan Terbaik serta membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM200. Kolej Tujuh Belas pula memenangi Anugerah Teknikal Terbaik dan membawa pulang Piala iringan dan wang tunai RM200. Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran para penyokong dari setiap kolej yang bertanding. Tambahan pula, majlis ini turut diceriakan dengan kehadiran para juri yang terdiri daripada Artis Tempatan iaitu Ummi Nazeera (Pelakon Utama Bisik Pada Langit), Bekas Ratu Cantik Malaysia Thanuja Ananthan dan Personaliti Media Prima Abdul Malik Raiyani. Kesemua mereka amat berpuas hati dan teruja dengan semua persembahan yang telah dipersembahkan. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UPM iaitu YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris yang sekaligus menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang. “Saya sangat berbangga dengan bakat dan minat yang ditonjolkan oleh para peserta pada MTB 2017, malah setiap tahun MTB telah menunjukkan satu gelombang perpaduan dan semangat patriotisme yang amat tinggi dan perlu dikekalkan oleh mahasiswa dan semua warga di UPM” ujar beliau.

Berita Oleh : Adidi Tamin, BHEP

Updated:: 10/10/2017 [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1508593389