Malam Anugerah Festival Teater Interkolej 2018 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » Malam Anugerah Festival Teater Interkolej 2018

Malam Anugerah Festival Teater Interkolej 2018

SERDANG, 30 APRIL – Malam Anugerah Festival Teater Interkolej (FESTIK) 2018 telah berjaya di laksanakan dengan jayannya.

Anugerah ini telah diadakan di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM dengan kerjasama Kelab Penggiat Teater Sejagat PENTAS serta Unit Seni dan Budaya, Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman (TNC HEPA) sekali gus memberi sokongan kepada para peserta.

 

FESTIK dianggap sebagai salah satu medan untuk menggilap potensi dan bakat pelajar khasnya dalam bidang pementasan selain dapat membantu menambah baik dari aspek penulisan skrip, lakonan secara langsung, teknikal, penggunaan pementasan,  props, dan set pementasan.

Anugerah ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang bergiat aktif dan berjaya mendapatkan tempat dalam kategori yang telah dipertandingkan. 

 

Berikut merupakan senarai keputusan Anugerah Festival Teater Interkolej 2018:

  1. Johan (KTDIxKC)- Teater “Boneka Hidup”.
  2. Tempat Kedua (KMRxKPZ)- Teater “Nadi”
  3. Tempat Ketiga (K2Xkosass) – Teater “Keruing”
  4. Anugerah Khas Pentas “TunTeja Production” (K12)
  5. Anugerah Teknik Lakonan Terbaik “Nadi” (KMRxKPZ)
  6. ‎Anugerah Khas Juri - Lembaga (Keruing) - Leman (Caci Maki)

 

Berita oleh : Aisyah Jamil

Date of Input: 03/07/2018 | Updated: 11/09/2018 | mshahrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1537655431