KEJOHANAN BOLING PIALA NAIB CANSELOR BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UPM | Student Affairs Division
» NEWS » KEJOHANAN BOLING PIALA NAIB CANSELOR BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UPM

KEJOHANAN BOLING PIALA NAIB CANSELOR BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UPM

 
PUTRAJAYA, 18 Feb - Kejohanan Boling Piala Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Pejabat TNC(HEPA) telah berlangsung meriah di IOI City Mall Putrajaya pada jam 10.00 pagi dengan penyertaan 50 peserta mewakili 10 pasukan.
 
Puan Noraihan Noordin selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar berkata kejohanan itu berjaya mencapai objektif penganjuran untuk mengumpul dan mengeratkan silaturrahim antara staf. Kejohanan ini juga merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP yang julung kali diadakan pada tahun ini.
 
 
 
Juara kejohanan menjadi milik Kumpulan 18 yang diketuai oleh Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC(HEPA). Kumpulan 19 yang diketuai Puan Noraihan Noordin, Ketua BHEP muncul naib juara dan tempat ketiga pula menjadi milik Kumpulan 20 yang diketuai oleh Puan Suzana Mior Mohamad Dwazi dari Seksyen Pengurusan Perkhidmatan.
 
Anugerah High Score Kategori Lelaki dimenangi oleh Encik Faizol Ikmal Shariff dari Pejabat TNC(HEPA) manakala Anugerah High Score Kategori Wanita dimenangi oleh Puan Jamrah Mat Jusoh dari Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri.
 
Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengukuhkan lagi ukhwah diantara semua ahli.
 

Date of Input: 21/02/2024 | Updated: 21/02/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbQAz~