Event Title
MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Date
14 May 2022 - 14 May 2022
Event Summary
Parit Sulong, 14 Mei 2022: Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 4 orang pegawai BHEP hadir memeriahkan jemputan Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong di sini hari ini. Program yang berlangsung bermula jam 11.00 pagi ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor.
YAB Menteri Besar Johor dan YBM KPT turut beramah mesra bersama-sama pelajar UPM. Pelbagai juadah dan persembahan disediakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. BHEP menzahirkan rasa gembira atas jemputan YBM KPT ke majlis ini dan sentiasa memberi sokongan bagi membolehkan wakil-wakil pelajar beramah mesra dengan lebih dekat bersama-sama YBM.
Updated:: 19/05/2022 [azhar.mahdzir]