KURSUS INDUKSI MPP SESI 2022/2023 BERI PENDEDAHAN BERKAITAN MATLAMAT DAN HALA TUJU UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KURSUS INDUKSI MPP SESI 2022/2023 BERI PENDEDAHAN BERKAITAN MATLAMAT DAN HALA TUJU UPM

KURSUS INDUKSI MPP SESI 2022/2023 BERI PENDEDAHAN BERKAITAN MATLAMAT DAN HALA TUJU UPM

 
KURSUS INDUKSI MPP SESI 2022/2023 BERI PENDEDAHAN BERKAITAN MATLAMAT DAN HALA TUJU UPM
 
3-5 Jun 2023 - Seramai 44 peserta terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia sesi 2022/2023 mengikuti Kursus Induksi di A’Famosa Melaka bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan hala tuju UPM serta menetapkan matlamat dan gerak kerja organisasi dalam memperkukuhkan kemahiran MPP dalam menjalankan peranan sebagai pemimpin pelajar.
 
Kursus selama tiga hari ini juga merupakan salah satu usaha Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke arah membentuk barisan MPP yang baru dilantik dalam memahami tatacara serta peraturan-peraturan asas pengurusan UPM sekaligus membentuk jati diri bagi menghadapi cabaran mendatang.
 
Kursus Induksi ini dimuatkan dengan beberapa pengisian slot seperti perbincangan KPI MPP, Pengucapan Awam, Sesi Bersama Pejabat Bursar UPM, Personal Branding Master, Bual Bicara Pemerkasaan Mahasiswa dan beberapa aktiviti outdoor.

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFFVAJ~