KOVENSYEN PEMERKASAAN UNDI 18 IPT Di UniKL MITEC, Johor 2024 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KOVENSYEN PEMERKASAAN UNDI 18 IPT di UniKL MITEC, Johor 2024

KOVENSYEN PEMERKASAAN UNDI 18 IPT di UniKL MITEC, Johor 2024

 

1 - 3 Mac 2024, telah berlangsung Kovensyen Pemerkasaan Undi 18 IPT di Unikl (MITEC), Johor bermula 2 Mac 2024. Kovensyen ini merupakan anjuran Kementeri Pendidikan Tinggi, dan buat pertama kali dalam sejarah Unikl (MITEC) dijadikan lokasi utama dan tuan rumah untuk para belia seluruh negara (Malaysia) menjayakan kovensyen ini. Kovensyen ini berfokus kepada "Peranan Mahasiswa Memperkasa Undi 18" yang di sampaikan oleh Ybhg. Prof. Dato' Sivamurugan Pandian.

Selain itu, kovensyen turut memberi ruang terbuka kepada mahasiswa melalui platform Slot "Chit Chat Forum : Kepentingan Undi 18 Dalam Pembentukan Negara", Slot Bengkel Pendidikan Pengundi, Slot Simulasi dan Akademi Pilihanraya Malaysia. Kovensyen dirasmikan oleh Ybrs. Encik Ahmad Rizal Bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Govenan & Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi.

Akhir sekali, pelajar yang diketui oleh Cik Farisah, Naib Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih atas tatakelola yang sistematik oleh BHEP melibatkan penginapan, makan minum dan pengangkutan. Lagi, pelajar mengucapkan ribuan terima kasih khas kepada Ybhg. Prof Dr. Arifin Abdu TNC HEPA Universiti Putra Malaysia asbab kebenaran penuh dan peluang yang diberikan.

Tarikh Input: 04/03/2024 | Kemaskini: 04/03/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEdJAQ~