ANUGERAH TOKOH SISWA 2022
20 Mac 2023 - ATS merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mahasiswa sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Sebanyak 20 buah anugerah telah dipertandingkan merangkumi kategori kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan dan kebudayaan termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi.
Pemenang-pemenang telah mempamerkan kecemerlangan kepimpinan melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti/program pembangunan modal insan yang menyumbang kepada penyerlahan potensi mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.
Penglibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti/program pembangunan insaniah ke arah pencapaian anugerah ini berupaya membentuk etika dan rohani, menerapkan nilai kasih-sayang dan hormat-menghormati serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional di kalangan mahasiswa.
Majlis ATS tahun ini merupakan tahun ke-8 pelaksanaannya dan dijayakan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).
Turut hadir YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Pengurusan Tertinggi KPT dan para finalis anugerah.
Tarikh Input: 31/03/2023 |
Kemaskini: 31/03/2023 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA