Kes Baharu Covid-19 Seluruh Negara Catat Peningkatan | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan

Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan

 

Kes Covid-19 seluruh negara kini adalah sebanyak 20,696 antara tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu.

Sebanyak 8,000 kes baharu direkodkan berbanding sebelumnya di seluruh negara, menurut hantaran di platform X yang dikeluarkan portal Covid19Place.

Untuk rekod, jumlah kes aktif direkodkan pada minggu ini adalah 28,375 kes.

Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.

umlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak awal bulan ini.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

Sehingga 2 Disember lalu, Malaysia hanya merekodkan 6,796 kes baharu, enam kematian dan 15,327 kes aktif.

Susulan peningkatan kes yang semakin membimbangkan, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka, terutama ketika musim cuti sekolah.

KKM turut menasihatkan mereka yang menunjukkan simptom Covid-19 supaya mengelak 3C yang merujuk kawasan sempit, sesak dan bersembang pada jarak dekat.

KKM turut dilapor akan mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes.

Tarikh Input: 19/12/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbUAE~