JPMPP 2024 PERLU URUSKAN PILIHAN RAYA KAMPUS DENGAN TELUS, ADIL, LANCAR, MATANG, EFISIEN DAN TIADA KONTROVERSI | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » JPMPP 2024 PERLU URUSKAN PILIHAN RAYA KAMPUS DENGAN TELUS, ADIL, LANCAR, MATANG, EFISIEN DAN TIADA KONTROVERSI

JPMPP 2024 PERLU URUSKAN PILIHAN RAYA KAMPUS DENGAN TELUS, ADIL, LANCAR, MATANG, EFISIEN DAN TIADA KONTROVERSI

 

Oleh Prof. Dr. Arifin Abdu

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM

19 Feb 2023

 

 

Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) 2024 baru-baru ini merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Pilihan Raya Kampus (PRK) atau lebih dikenali di UPM sebagai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP).

 

Platform ini memberi ruang kepada  mahasiswa UPM untuk terlibat sama secara langsung atau tidak langsung dalam membentuk sebuah organisasi wakil pelajar tertinggi di peringkat universiti.

 

UPM mempunyai nilai-nilai terasnya yang menjadi tonggak kepada reputasi serta kecemerlangan iaitu Ihsan, Kepelbagaian dan Kelestarian. Apabila semua pelajar UPM membudayakan nilai-nilai Universiti ini, ia akan menghasilkan pelajar yang mempunyai karakter dan sahsiah yang unggul.

 

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah melakarkan kerangka The TRUE NORTH of UPM, BERILMU BERBAKTI yang merupakan kerangka hala tuju jangka panjang – UPM Vision 2050. Fulfilling the UPM’s Vision and Mission statements.

 

Kita lontarkan kembali ingatan kepada VISI UPM iaitu “Menjadi sebuah universiti  bereputasi antarabangsa” dan MISI UPM, “Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kemakmuran dan pembangunan negara serta kesejahteraan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

 

Pembangunan Kerangka Strategik HEPA 2024 & Hala Tuju 2025-2050 mengambil kira faktor Penyediaan Bakat, Penyelidikan dan Inovasi, Perkongsian dan Pemindahan Ilmu, Pengantarabangsaan dan Ekosistem Pembolehdaya.

 

Perancangan dan hala tuju HEPA ini dirangka bagi memacu visi dan misi Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan terunggul di rantau ini. Kerangka ini juga mengambil kira enam rukun Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

 

 

 

Seperti yang termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, bagi tujuan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), JPMPP perlu ditubuhkan merangkumi penasihat, induk, pelaksana, rayuan dan audit. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan pemilihan MPP mengikut kawasan umum dan fakulti.

 

Ahli-ahli di dalam jawatankuasa ini juga perlulah sentiasa menunjukkan sikap berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana calon. Hal ini bertujuan untuk mengelak adanya unsur ketidakadilan dalam  perjalanan proses pemilihan MPP agar selari dengan motto JPMPP iaitu “Pantas, Telus”.

 

Justeru, mahasiswa jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan tentang pengurusan dan program penting universiti yang banyak memberi manfaat dan pengalaman berharga semasa anda masih di menara gading ini.

 

Kita berharap agar kesemua Ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) 2024 mampu menguruskan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dengan telus, adil,  lancar, matang, efisien dan dijauhi kontoversi.

 

 

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 20/02/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbPAp~