HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Penajaan & Pembiayaan Pendidikan

 

PERMOHONAN PTPTN

  

  

PUTRA SCHOLAR 

Putra Scholar dibawah seliaan Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar (SPKTP) adalah sebagai Pusat Setempat (one stop center) bagi pengurusan maklumat penajaan pelajar Pra-Siswazah dan Asasi Sains Pertanian serta membantu pelajar dalam proses seperti berikut:

 Permohonan kemaskini maklumat penaja di Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
 Permohonan Surat Pengesahan Status Penaja Pelajar
 Pengumpulan/Penghantaran Dokumen Permohonan/Perjanjian Penajaan secara berkelompok
  Khidmat nasihat penangguhan/pelanjutan/pembatalan penajaan.



DERMASISWA DARI AGENSI LUAR /PERSEORANGAN

Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar menguruskan pelbagai bentuk Dermasiswa daripada syarikat dan individu yang ingin membantu pelajar UPM terutama para pelajar yang kurang berkemampuan.

Mana-mana Syarikat atau individu yang berminat untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada pelajar kami, sila berhubung dengan pegawai di Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar di talian +603-9769 1321 /1334 /6075.