Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi

Pada tanggal 09hb November 2013 bersamaan 05 Muharram 1435H, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia (PSSCPUHUPM) telah dirasmikan penubuhannya didalam sebuah majlis yang diadakan bersempena Sambutan Maal Hijrah & Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 1435H.
 
Majlis perasmian PSSCPUHUPM telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Majlis perasmian berlangsung bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.