UPM Naib Johan Kategori Bahasa Melayu Debat SKMM 2018 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » UPM Naib Johan Kategori Bahasa Melayu Debat SKMM 2018

UPM Naib Johan Kategori Bahasa Melayu Debat SKMM 2018

Oleh Alvin

 

UIAM yang diwakili Abdul Rahman, Azmina Izzati, Omar Sharudin muncul juara kategori Bahasa Melayu pada Debat SKMM 2018 yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan- Foto Foo Seok Peng

 

 

SERDANG, 4 MAC - Pasukan debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan Kejohanan Debat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia (UPM). UPM yang diwakili Has Umierah, Rashidah Roseli, dan Faisal Yusuf membawa pulang wang tunai RM 1000 dan piala iringan.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) masing-masing dinobatkan sebagai johan Debat SKMM 2018 bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, UIAM yang diwakili Abdul Rahman, Azmina Izzati, Omar Sharudin menewaskan pasukan UPM pada peringkat akhir Bahasa Melayu yang bertajuk Kebebasan media menyuburkan demokrasi. Mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala iringan, serta sijil. Bagi kategori Bahasa Inggeris, UM yang diwakili Amanda Chan, Vinodhan Kuppusamy dan Raj Shankar menewaskan pasukan dari Brickfield Asia College yang diwakili Wesley Wong, Kelviin Manuel Pillay dan Edwin Tan.

Hadiah-hadiah pemenang setiap kategori disampaikan oleh Pengerusi MADUM merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UIAM, Prof Madya Dr Shamsul Jamili Bin Yeob, dan Puan Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti, SKMM. Turut hadir ialah Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), UPM, En Nazri Noh dan Setiausaha MADUM, Dr Mazlena Mohamad Hussain,Normalia Ibrahim.

En Nazri Noh, berkata pertandingan ini bertujuan mendedahkan belia terhadap peranan SKMM dalam industri media dan komunikasi, selain diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penggunaan media secara berhemah. "Pertandingan ini adalah saluran untuk penuntut IPT mengemukakan pendapat, bertukar idea, berhujah dan berbincang secara intelektual, selain meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu isu yang dibentangkan.” Katanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kelab Debat Serdang Royals, Kelab Debat Bahasa Melayu(KDBM), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menganjurkan pertandingan Kejohanan Debat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 2018.

Sebanyak 80 pasukan daripada 32 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta sekolah menengah Malaysia menyertai pertandingan ini yang diadakan selama 3 hari yang mendapat kerjasama SKMM dan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM). Debat SKMM 2018 yang dianjurkan sejak 2015 merupakan edisi kedua berdasarkan format debat ala Parlimen Asian.

Updated:: 31/03/2018 [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1524282879