| Student Affairs Division

Putra Foodbank UPM

Serdang 28 Mac 2019 – Seiring dengan usaha kerajaan Malaysia untuk mempergiat program Food Bank dalam kalangan universiti awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghulurkan sebuah platform untuk pelajarnya mendapat bantuan berbentuk makanan tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Program berunsurkan kebajikan dalam konteks kampus ini adalah susulan kesinambungan usaha kerajaan dalam menyediakan program seumpama bagi golongan berpendapatan B40 dan ke bawah. UPM yang kini sedang menjalankan beberapa program dengan metod yang sama seperti Free Meal, telah menyambut baik program berikutan dengan kemapanan sumber yang terjamin melalui kolaborasi bersama beberapa pihak seperti pasar raya dan pengusaha restoran.

Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan juga YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Perjalanan dan pelaksanaan Putra FoodBank ini adalah oleh para sukarelawan dari kalangan pelajar UPM sendiri, diselia Bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga Majlis Perwakilan Pelajar.

Oleh : Pavithra A/P Panir Selvam

SXETOAO~