Kelab Ekuestrian Putra (PEC),di Kejohanan Kuda Lasak - Piala Presiden PPj | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » Kelab Ekuestrian Putra (PEC),di Kejohanan Kuda Lasak - Piala Presiden PPj

Kelab Ekuestrian Putra (PEC),di Kejohanan Kuda Lasak - Piala Presiden PPj

PUTRAJAYA, 16 September – Kelab Ekuestrian Putra (PEC), Universiti Putra Malaysia julung-julung kalinya telah menyertai Kejohanan Kuda Lasak - Piala Presiden PPJ  anjuran Perbadanan Putrajaya yang diadakan di Taman Ekuestrian, Putrajaya.

Matlamat utama kejohanan tersebut dianjurkan adalah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali sukan kuda lasak (endurance).Kejohanan ini mempertandingkan dua kategori jarak sukan iaitu 20km dan 40km dengan perbezaan penyertaan kategori baka kuda iaitu Baka Arab dan Baka Lain-lain.

Buat pertama kalinya, Kelab Ekuestrian Putra (PEC ) telah menghantar dua wakil bersama satu pasukan krew dalam kejohanan tersebut dibawah bimbingan kerjasama antara Dr. Nurul Hayah sebagai penasihat kelab, Unit Ekuin UPM dan Benua Equestrian Stable (BEST) sebagai platform menjinakkan diri dengan sukan berkuda. Manakala, kos penyertaan telah ditaja oleh Badan Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.

Dua wakil tersebut ialah Muhammad Azamuddin bin Mokhtar ( 20 km ride) dan Mohamad Azwan bin Mohd Izhar (20 km ride). Para peserta telah menjalani latihan selama 3 minggu manakala krew selama seminggu, sebagai persiapan untuk kejohanan ini.  Malangnya hanya seorang wakil sahaja yang dapat menyertai kejohanan tersebut kerana kuda yang di tunggang oleh Azwan bin Mohd Idzhar telah tercedera pada saat-saat akhir.

Pada Kejohanan ini Muhammad Azamuddin yang dikenali sebagai Azam berjaya menamatkan acara tersebut sejauh 20km dengan menunggang kuda yang diberi nama Lizaz merupakan campuran baka Pony Thoroughbred yang bertanding bawah kategori Baka Lain-lain. 

oleh Nadhirah binti Yahaya (189916)

Date of Input: 10/10/2018 | Updated: 10/10/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1539614504