| Student Affairs Division

[22/02/2018] UPM introduces 'PUTRA FOOD DELIVERY' to facilitate students

Oleh Azlan Ibrahim

Pengenalan "Putra Food Delivery" oleh Ybhg. TNC (HEPA) UPM

 

SERDANG, 22 Februari – Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan Universiti Awam pertama yang memperkenalkan program penghantaran makanan ‘Putra Food Delivery’ dalam kampus. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata program itu akan memudahkan pelajar untuk membeli makanan dengan pantas di samping memupuk budaya keusahawanan pada pelajar.

Gimik Pelancaran ‘Putra Food Delivery’ semasa sidang media


“Program perintis ini menggunakan khidmat pelajar sebagai penghantar makanan. “Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM ini akan melibatkan pengusaha kedai makan di sekitar kampus UPM dan Serdang,” katanya semasa sidang media ‘Putra Food Delivery’ di sini. Beliau berharap pelajar mengambil peluang dalam program itu untuk menjimatkan masa dan memudahkan mereka selain pelajar yang terlibat sebagai penghantar makanan akan mendapat insentif melalui caj perkhidmatan.

  

SXDcWAS~