[19/03/2016] Nahwan Nur Champion Selangor State Level Nasyid Festival 2016 | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » [19/03/2016] Nahwan Nur Champion Selangor State Level Nasyid Festival 2016

[19/03/2016] Nahwan Nur Champion Selangor State Level Nasyid Festival 2016

 

SACC Mall, Shah Alam, 19 Mac 2016, (BHEP) – Kelab Nasyid Nahwan Nur di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah berjaya sekali lagi dinobatkan Juara Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2016.  Lagu yang bertajuk “Dunia Si Kecil” hasil ciptaan Wan Saleh dan lirik ditulis oleh Ajie ini telah menambat hati para juri dan sekaligus dinobatkan juara serta membawa pulang wang tunai bernilai RM3000.  Nahwan Nur bakal mewakili Negeri Selangor ke Festival Nasyid Kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti.

Menurut kata Presiden Kelab Nasyid Nahwan Nur, Saudara Mohammad Aizat Luffi Jailani “Kejayaan ini merupakan kejayaan kali kedua di mana kumpulan ini juga pernah memenanginya pada tahun 2010.  Amat bersyukur dengan kemenagan ini, dan berharap agar dapat membuat persembahan terbaik semasa pertandingan di peringkat kebangsaan nanti”

Festival Nasyid Selangor 2016 pada kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menyaksikan 17 buah kumpulan di peringkat saringan dan 10 buah kumpulan pada peringkat akhir yang telah diadakan di SACC Mall, Shah Alam.  Sementara kumpulan dari Universiti Malaya menang di tempat kedua dan Kumpulan dari Universiti Sains Islam Malaysia di tempat ketiga.

 

Galeri Gambar
 Sumber berita: Adidi Tamin, Pegawai Kebudayaan BHEP

 

 

 

 

Updated:: 21/08/2017 [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1510979638