| Student Affairs Division

[13/12/2015] Champion UPM Theatre Festival Stage Public University MAKUM

13 Disember 2015 – Tarikh keramat buat Kelab Pengiat Teater Sejagat PENTAS UPM di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM kerana berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam pertandingan Festival Teater MAKUM 2015.  Kejayaan ini merupakan satu sejarah buat UPM kerana julung-julung kalinya berjaya memenangi tempat pertama sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000.

                Pertandingan Festival Teater MAKUM pada kali ini diadakan secara berperingkat di mana 18 buah Universiti Awam berentap di peringkat saringan yang telah diadakan di beberapa buah zon antaranya Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Timur.  Hanya 6 Universiti Awam telah berjaya dipilih ke peringkat akhir dan pementasan di peringkat akhir ini telah diadakan di Kompleks Taman Budaya Negeri Melaka, Air Keroh dan turut mendapat sokongan penajaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera Negeri Melaka.

                PENTAS PRODUCTION UPM mementaskan teater yang bertajuk “Badut” hasil karya Khairul Amin telah berjaya diangkat sebagai teater terbaik pada pertandingan kali ini.  Berikut merupakan keputusan penuh Festival Teater MAKUM 2015

 

Anugerah Festival Teater Peringkat Universiti Awam MAKUM 2015

 

  1. Johan (UPM) – Teater “Badut”
  2. Tempat Kedua (USM) – Teater “Nisha Khalid”
  3. Tempat Ketiga (UM) – Teater “Kawad”
  4. Arahan dan adaptasi terbaik (UM)
  5. Anugerah Khas Juri (UMS)

 

  1. Kesan teknikal terbaik (UPM)
  2. Penataan cahaya dan audio terbaik (UPM)
  3. Busana dan tatarias terbaik (UMS)
  4. Set dan prop terbaik (USM)

 

  1. Pelakon harapan
  • UTEM
  • UMS
  • UM
  • UPM
  • UiTM
  • USM
  1. Pelakon pembantu lelaki terbaik (UPM)
  2. Pelakon pembantu wanita terbaik (UPM)
  3. Pelakon wanita terbaik (USM)
  4. Pelakon lelaki terbaik (UTEM)


SXETNAe~