HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Putra Voucher & Free Meals

Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Putra Voucher UPM kepada pelajar di UPM.

Program ini adalah satu bentuk kemudahan kepada pelajar UPM dari keluarga golongan B40 yang mendapat bantuan makanan melalui di kafeteria terpilih di UPM.

Program ini adalah kerjasama antara Bahagian hal Ehwal Pelajar bersama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM yang boleh menggunakan telefon pintar semasa membeli makanan di kafeteria di UPM.

Sebanyak RM32,000.00 diagihkan kepada 200 pelajar B40 terpilih meliputi pelbagai kaum dan agama.

Inisiatif ini memberikan dampak yang mendalam kepada pelajar khususnya apabila dapat mengekang masalah kewangan bagi membeli makanan dalam meneruskan kehidupan tatkala kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar percaya inisiatif murni ini dapat dikembangkan dengan melibatkan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di UPM lagi pada masa akan datang sekaligus bakal membawa manfaat kepada pelajar B40 dan seluruh warga kampus kerana disamping mempraktikan amalan pendigitalan, ianya turut mesra pengguna dan membantu pelajar mendapat makanan yang sihat serta mencukupi tanpa perlu mengikat perut.

 

 

Selain Putra Voucher UPM, aktiviti seperti Free Meals lain turut dilaksanakan melibatkan syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan secara individu.

Seramai 2,915 orang pelajar menerima manfaat daripada inisiatif ini. Sebanyak RM43,178.00 berjaya dijanakan dalam bentuk makanan bagi diagihkan kepada para pelajar.

 

 

Program Free Meals @ BHEP merupakan program edaran sarapan pagi secara PERCUMA kepada pelajar yang memerlukan ketika berurusan di kaunter Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

Tarikh: Setiap hari Jumaat (kecuali cuti semester)*
Masa: 8.30am - 10.00am*
Tempat: Kaunter BHEP

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk makanan @ wang tunai boleh berhubung dengan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar ditalian +603- 9769 1334 / 6075 atau hadir terus ke pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar.