SERDANG, 27 JUN - Program Mobiliti Montreal Ziarah Amal Ramadan bersama Sister Sabariah dan Yayasan Sabria ke Kanada telah dijalankan pada 2 Jun 2018 hingga 12 Jun 2018. Seramai empat orang pelajar dan seorang pegawai telah di hantar untuk menjayakan program tersebut.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi inspirasi serta meningkatkan nilai insaniah dan sukarelawan dalam kalangan mahasiswa bagi memajukan diri dari aspek kepimpinan dan pemahaman sosiologi masyarakat luar di samping memainkan peranan penting sebagai duta untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat Malaysia. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan pusat sukarelawan dan pembangunan asnaf UPM. Selain itu, program ini dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di Montreal selaras dengan moto UPM iaitu “Berilmu Berbakti”.
Sukarelawan yang terlibat bekerjasama membantu Sister Sabariah melakukan aktiviti memasak pada bulan ramadan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan di Montreal supaya dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Berita oleh : Nor Shahirah Mohd Supian
Tarikh Input: 02/07/2018 | Kemaskini: 29/10/2018 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan