| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Nahwan Nur di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-60

Ringkasan Artikel

Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, UPM telah dijemput sebagai artis undangan untuk membuat persembahan pembukaan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 di PWTC baru - baru ini.

Kumpulan tersebut terdiri daripada lapan orang ahli telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Al-Quran Kalamullah dan Panggilan Jihad yang bersesuaian dengan tema MTHQA.

Majlis ini telah berlangsung selama enam hari bermula dari 07 - 12 Mei 2018 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Seramai 61 peserta dari 47 negara telah menyertai majlis tilawah kali ini dengan 21 negara menyertai kategori Tilawah Al-Quran dan 26 negara menyertai kategori Hafazan Al-Quran.

Turut berangkat dan berkenan menyampaikan hadiah pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Artikel oleh : Mardiah Azhar

SXDdGAk~