| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tele-Kaunseling Putra Sedia Membantu Warga UPM

Ringkasan Artikel

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2021 – Bahagian Kaunseling UPM telah mewujudkan satu perkhidmatan baharu iaitu Tele-Kaunseling Putra sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membantu pelajar dan staf UPM yang memerlukan khidmat kaunseling. Sejak PKP berlangsung, Tele-Kaunseling Putra mendapat sambutan yang baik dengan anggaran sebanyak 400 pelanggan melalui talian dan aplikasi whatsapp.

Persetujuan yang perlu difahami pelanggan sebelum sesi kaunseling berlangsung

Seorang kaunselor haruslah bersifat neutral dan objektif dalam membimbing pelanggan secara professional bagi menjadikan Tele-Kaunseling Putra sebagai pilihan kepada pelajar dan staf. Ia memberikan pandangan terhadap Tele-Kaunseling bahawa kaunselor membantu mereka untuk menerima perbezaan dan mencari jalan bagi mencapai penyelesaian yang menguntungkan. Kaunselor turut mengemukakan cadangan dan berbincang bersama pelanggan sebelum sesuatu keputusan diambil untuk kebaikan semua pihak.

Seperti yang termaktub di dalam etika kaunseling, segala butiran perbincangan adalah sulit dan pelanggan tidak perlu risau semasa melakukan sesi bersama kaunselor. Menurut Puan Anis Kamilah, Pegawai Psikologi Kanan di UPM, beliau menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia kerana ia diibaratkan sebagai 'batu loncatan' kepada pelanggan untuk membaiki diri ke arah matlamat hidup yang lebih positif. Khidmat nasihat yang diberikan adalah berasaskan teori mampu memanipulasi dan mengubah gaya pemikiran seseorang. Menurut beliau, masalah seperti pembelajaran, keluarga dan peribadi merupakan masalah yang sering didengari daripada pelanggan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan kaunseling ini merupakan medium bagi mengetahui masalah pada peringkat awal sahaja. Jika terdapat perkara yang lebih besar, maka ia akan dirujuk kepada pakar seperti doktor psikiatri.

SXDdTAo~