Congratulations En. Muhammad Aizat And En. Hanis | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» ARTICLE » Congratulations En. Muhammad Aizat and En. Hanis

Congratulations En. Muhammad Aizat and En. Hanis

Tahniah diucapkan kepada Encik Hanis bin Johari dengan pasangannya Cik Azriza binti Azizan yang telah melangsungkan perkahwinanya pada 2 Disember 2018 dan Encik Muhammad Aizat bin Ismail dengan pasangannya Cik Nor Shafiqah binti Mohammad yang juga telah melangsungkan perkahwinanya pada 8 Disember 2018 yang lalu . Seluruh warga BHEP mendoakan semoga hubungan kalian berkekalan dan berbahagia hingga ke anak cucu.

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui satu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

Akhir kata, binalah sebuah perkahwinan yang berlandaskan al-Quran dan syariat Islam. Tujuan perkahwinan yang dipelihara pada awalnya akan membawa kepada pembentukan keluarga sakinah, mawaddah, warrahmah. Insha Allah, seterusnya dari situ akan membuka pula pintu-pintu rahmat yang lebih besar lagi.

Tahniah dari kami Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Oleh : Nurharnina binti Mat Yasin

Date of Input: 02/01/2019 | Updated: 19/01/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603 8947 2091
C1547928486