| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

PENGURUSAN PULANG PELAJAR OKU

Ringkasan Artikel

BHEP bantu pengurusan pulang pelajar OKU ke kampung halaman

PENGURUSAN PULANG PELAJAR OKU

7 Ogos 2021 - Misi menghantar pelajar-pelajar UPM Serdang pulang ke kampung halaman telah pun selesai.

Selama 10 hari diperuntukkan untuk menghantar pelajar-pelajar UPM Serdang ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia termasuklah pengurusan pulang tiga orang pelajar OKU yang masing-masing balik ke Batu Kurau Perak, Muar  Johor dan Tanah Merah Kelantan.

Perjalanan pulang semua pelajar UPM termasuk pelajar OKU bukan sahaja percuma malah kebajikan mereka dijaga dengan pemberian bekal makanan bungkus serta ditemani dan diawasi oleh seorang Pegawai Pengiring di setiap bas. Untuk pengurusan kepada pelajar OKU, setiap pegawai pengiring dan pihak pengurusan pergerakan akan dimaklumkan dengan kehadiran pelajar OKU di dalam bas yang mereka naiki untuk tujuan keselamatan dan kebajikan di sepanjang perjalanan.

Bagi memberkati setiap perjalanan pelajar, bacaan doa akan dibuat dan diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di setiap pelepasan bas keluar dari UPM pada setiap hari.

Semoga pandemik COVID-19 segera berakhir dan keadaan kembali seperti sedia kala agar warga UPM dapat menjalankan tugas serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa pada masa akan datang.

SXDdFAM~