| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Mohd. Sahrizan Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP

Ringkasan Artikel

SERDANG, 1 Julai - Ahli Mesyuarat Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP telah sebulat suara melantik barisan kepimpinan baharu sejurus selepas pembubaran AJK kelab baru - baru ini. Mesyuarat tersebut berlangsung semasa jamuan Hari Raya yang diadakan di BHEP baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada empat orang staf yang dilantik iaitu En. Mohd. Sahrizan bin Mat Yatim, En. Mohd. Desa bin Esmahil, Pn. Azriza binti Azizan dan Pn. Shamilah binti Samian.

Jawatan Kuasa baharu Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP 

Turut hadir dalam majlis jamuan Hari Raya tersebut adalah Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Fahmi Azar Mistar, staf-staf BHEP, staf-staf UPM, pelajar-pelajar serta bekas pelajar UPM (Alumni).

Antara tetamu yang hadir

 Berita Oleh : Nor Asyikin Yusof

SXETHAX~