| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan Tarian

Ringkasan Artikel

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) telah menjadi johan dalam pertandingan Rutra Sangamam (Natyamela 2.0) anjuran Kelab Bharatham Universiti Malaysia Terengganu yang telah diadakan pada 23hb Mac 2019 (Sabtu), pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam, yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) telah menjadi  johan dalam pertandingan Rutra Sangamam (Natyamela 2.0) anjuran Kelab Bharatham Universiti Malaysia Terengganu yang telah diadakan pada 23hb Mac 2019 (Sabtu), pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam, yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Putra Kalakshetra telah diwakili  9 orang penari yang terdiri daripada 6 perempuan dan 3 lelaki dan diketuai oleh Presiden Putra Kalaksehtra, Paruvintharaj a/l Shanmugam.

 

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan

 

Dengan kemenangan ini Kelab Tarian Klasik India Putra (Putra Kalakshetra) telah membawa wang tunai bernilai RM 4000.00. Pihak Bahagian Hal Ehwal berbangga dengan kemenangan ini kerana telah mengharumkan nama UPM di peringkat tertinggi.

 

Berita asal oleh :Kelab Kalakshetra
Olahan : Mohd Hasrul Hamdan

 

 

 

SXETOAo~