| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

[16/04/2020] Perkongsian Santai Bersama Cerebral Palsy Berjaya

Ringkasan Artikel

UPM, 1 April 2020 - Satu sesi sembang santai telah diadakan pada 1 April 2020 melalui aplikasi panggilan video Hangout bersama Cik Noryanti Mahbub dari Jabatan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cik Nara Shahab dari Universiti Teknologi Mara Malaysia.

 

UPM, 1 April 2020 - Satu sesi sembang santai telah diadakan pada 1 April 2020 melalui aplikasi panggilan video Hangout bersama Cik Noryanti Mahbub dari Jabatan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cik Nara Shahab dari Universiti Teknologi Mara Malaysia.

Perkongsian santai ini adalah hasil usaha Dr Wan Arnidawati Wan Abdullah selaku penyelaras Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPSO), Universiti Putra Malaysia yang juga selaku Jawatankuasa Latihan bagi Persatuan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy telah mengajak pelajar-pelajar dan alumni OKU untuk sama-sama mendengar perkongsian tersebut.

Melalui perkongsian yang telah disertai UPSO, pelajar-pelajar dan alumni OKU UPM, kedua-dua panel telah mengajak semua pendengar untuk tidak berputus asa dalam hidup terutama kepada warga OKU dan ibubapa yang mempunyai anak OKU khususnya anak OKU Cerebral Palsy.

Menurut perkongsian Noryanti seorang Cerebral Palsy dan juga alumni UPM, beliau sentiasa gigih dan tidak putus asa dalam kehidupan walaupun menghadapi kesukaran semasa belajar. Kesukaran itu berlaku andai orang sekeliling tidak mampu memahami keperluan serta kekurangan mereka sebagai OKU.

Selain itu, Nara Shahab, pelajar sarjana cerebral palsy di UITM berkongsi tentang cabaran dan kesukaran yang dialami sepanjang persekolahan beliau. Beliau memyeru agar OKU terus tabah dan berani menghadapi segala liku-liku kehidupan dan bertekad untuk membuktikan keupayaan diri.

Semoga dengan perkongsian tersebut akan membuatkan pelajar-pelajar dan alumni UPM sentiasa bersemangat untuk maju dalam kehidupan dan dapat berbakti kepada UPM serta orang lain amnya.


#stayathome
#weloveupm

 

Ditulis Oleh :


Marlinah Binti Muslim
Pegawai Eksekutif
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, BHEP

SXDdIA7~