| Bahagian Hal Ehwal Pelajar

[16/07/2019] ASASI bersama Yayasan Generasi Malaysia (YGM)

Ringkasan Artikel

Setiawangsa,5 Julai - Seramai 20 orang pelajar Asasi telah menyertai Majlis Ramah Mesra dan Sejambak Kasih yang dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia (YGM) bertempat di Ali Grand Hall AEON Au 2, Setiawangsa.

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berbahagia, TNC HEPA Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Universiti Putra Malaysia, diikuti para pegawai,rakan penaja dan rakan pengendali takaful.

Para tetamu yang hadir dihiburkan lagi dengan nyanyian oleh Ahmad Fuad Zaharulail, Naib Johan Kilauan Emas musim kedua. Majlis bersurai pada jam 10 malam.

Yayasan Generasi Malayasia telah diwujudkan pada tanggal 31hb Julai 2013 yang berdaftar di Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengambil iniseatif tranfomasi kearah pembentukan sasiah modal insan yang bertujuan mencetus transfomasi kebeliaan bagi mencorak satu pendekatan baru ke arah memartabatkan generasi akan datang.

Berita Oleh : Syasya kamilia binti mohammad (Pelajar Latihan Industri)

SXDcTAk~